Komitmen Kami Terhadap Kelestarian

Manfaat semula jadi dari pokok gelam yang menyokong kesihatan, kesejahteraan, dan kehidupan seharian secara menyeluruh.

Komponen restorasi hutan bersama komuniti dan amalan penggunaan sumber secara lestari merupakan nilai teras Gelam Cure yang dilaksanakan melalui penanaman semula pokok, pemulihan kawasan terbiar serta penghasilan produk berasaskan gelam yang mematuhi prinsip pengurusan alam sekitar. Pendekatan ini memastikan keseimbangan ekologi terpelihara, dengan komuniti berperanan sebagai rakan pelaksana dalam memulihkan fungsi hutan. Pada masa yang sama, pembangunan produk dijalankan secara beretika bagi menyumbang kepada kesejahteraan sosial dan kelestarian

Komitmen ini dilaksanakan bersama komuniti setempat serta penglibatan pelajar daripada institusi pengajian tinggi seperti Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti College Bestari (UCB), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) melalui aktiviti penanaman semula pokok gelam. Penyertaan mereka bukan sahaja menyumbang tenaga, tetapi juga menjadi platform pembelajaran lapangan yang memberi pendedahan tentang pengurusan hutan secara lestari, pemuliharaan biodiversiti dan kepentingan ekosistem kepada generasi muda. Program ini turut membantu memulihkan kawasan terjejas melalui penanaman semula yang menyumbang kepada pengurangan hakisan tanah, peningkatan kapasiti serapan karbon serta pemulihan habitat semula jadi. Pada masa yang sama, pendekatan kolaboratif ini memupuk kesedaran dan tanggungjawab terhadap alam sekitar, sekali gus melahirkan generasi muda sebagai agen perubahan dalam memastikan keseimbangan antara pemanfaatan sumber gelam dan pemeliharaan alam untuk kelestarian jangka panjang.

Kami bekerjasama dengan:

Setiap produk yang dihasilkan menyumbang kepada usaha mengekalkan ekosistem hutan gelam dan kesejahteraan masyarakat.